7.1.2020
cepatnya masa..sekarang umoq aku dah 25...aku harap tahun 2020 ni impian aku tercapai..apa yang aku hajati...satu lagi dapat bersama dengan orang tersayang..tahun alhamdulilah aku berkerja boleh simpan duit walaupun sikit gaji tak banayk macam orang lain. tapi aku bersyukur tuhan masih berikan nafas untuk aku mencari rezeki..tahun 2019 merupakan tahun yang agar sukar dilalui pelbagai kerja aku buat..kerja sampai 2 kilang dalam setahun sebab tak tahan tapi tak apa..aku masih mencari pengalaman. keadaan kerja sekarang alhamdulillah selesa..walaupon gaji kecil..nanti aku update lagi blog ni..ikot mod jugak. tengok la kalau rajin update laa..
Isnin, 6 Januari 2020
Isnin, 17 Disember 2018
BBM3410/18 FACEBOOK
Assalamualaikum dan hai guysss..
Harini aku kena berkongsi tugasan berkenaan dengan Facebook. Prof aku ni dah nak hujung pun dia suruh masuk kerja lagi. Tapi kena redha penting. Prof bagi tugasan yang akhir suruh post gambar dekat Facebook.
Pastu kena post gambar tak kesah selfie atau apa-apa pun janji ada gambar Prof dalam setiap gambar. lepas apa lagi kalut la cari Prof dekat bilik. Masa nak pergi ambil gambar tiba-tiba Prof tak dak tunggu la.. boleh lihat dekat bawah hasil gambar aku dan Prof pastu kena letak dalam facebook bersama caption katanya.
Rabu, 5 Disember 2018
BBM3410/1: PAPAN CERITA
PAPAN CERITA
- dilakukan menggunakkan helaian kertas mengikut format
- penghasilan papan cerita melalui pemilih sesuatu produk multimedia
- mengambarkan sesuatu lukisan reka bentuk sesuatu produk
- menentukan bentuk produk kepada pengguna.
elemen yang terdapat dalam papan cerita:
tajuk:
no skrin:
imej:
teks:
warna:
nota arahan:
skrip:
- dilakukan menggunakkan helaian kertas mengikut format
- penghasilan papan cerita melalui pemilih sesuatu produk multimedia
- mengambarkan sesuatu lukisan reka bentuk sesuatu produk
- menentukan bentuk produk kepada pengguna.
elemen yang terdapat dalam papan cerita:
tajuk:
no skrin:
imej:
teks:
warna:
nota arahan:
skrip:
BBM3410/18: VEDIO TANPA WAJAH
VEDIO TANPA WAJAH
- Dalam proses vedio tanpa wajah dilakukan tanpa wajah
- Vedio ini berfokus kepada sesuatu tempat seperti barang, kaki dan tangan.
- mempunyai jalan cerita
- vedio dilakukan secara cara penyunting
- perlu memasukkan lagu yang dipilih dengan berdasarkan vedio yang sesuai.
BBM3410/18: VEDIO ONE SHOT
VEDIO ONE SHOT
- mempunyai tiga jenis iaitu one shot satu layer, one shot dua layer dan one shot tiga layer.
one shot satu layer
- proses yang dibuat melalui rakaman
-pemilihan lagu tidak mempunyai lakonan
one shot dua layer
- dalam proses ini dilakukan mempunyai jalan cerita
- vedio ini dirakam secara terus
- tidak memerlukan penyuntingan.
one shot tiga layer
-Proses dilakukan mempunyai lakonan
- tidak memerlukan semua orang menyanyi dalam vedio tersebut.
- selain itu, vedio ini dirakam mempunyai kiraan sesuatu pergerakan semulajadi.
- mempunyai tiga jenis iaitu one shot satu layer, one shot dua layer dan one shot tiga layer.
one shot satu layer
- proses yang dibuat melalui rakaman
-pemilihan lagu tidak mempunyai lakonan
one shot dua layer
- dalam proses ini dilakukan mempunyai jalan cerita
- vedio ini dirakam secara terus
- tidak memerlukan penyuntingan.
one shot tiga layer
-Proses dilakukan mempunyai lakonan
- tidak memerlukan semua orang menyanyi dalam vedio tersebut.
- selain itu, vedio ini dirakam mempunyai kiraan sesuatu pergerakan semulajadi.
BBM3410/18 ASAS GRAFIK
ASAS GRAFIK
1. Mudah
2. Keseimbangan
3. Kesesuaian
4. Warna
5. Teks
1. mudah
- visual hendaklah jelas dan terang.
- mempunyai pilih jenis penghurufan yang mudah dibaca
-
2. Kesesuaian
- menggambarkan sesuatu gambar yang sesuai dari segi warna.
- mempunyai tulisan yang menampakkan kesan yang baik.
- visual mempunyai unsur mengikut kesesuaian berdasarkan dari penglihatan yang teliti.
3. keseimbangan
- Dalam rekaan visual penggunaan penglihatan mata adalah cara untuk menentukan keseimbangan
- Sesuatu gambar yang bentuk kesamaan atas dan
bawah
- Dilihat sudut kiri dan kanan kesepadanan
- Sesuatu objek yang besar atau kecil dilihat
kedudukan yang seimbang
- Tujuan warna untuk memudahkan atau meningkatkan kejelasan visual.
- fungsi warna dalam seni grafik adalah melahirkan kesan atau pengaruh tertentu.
- Warna-warna ini yang nyata memberi kesan seperti: melahirkan ketenangan, kelembutan, kedamaian dan kegembiraan.
- Contohnya, putih juga merupakan simbol kebersihan, kesahihan dan kesucian.
5.Teks
- grafik huruf yang baik dan bermutu dapat menyampaikan mesej dengan lebih berkesan.
- penghasilan huruf ialah saiz huruf yang ditulis, jarak antara huruf dengan huruf.
- teks mestilah sepadan dan sesuai agar huruf dan perkataan itu dapat dikenali serta boleh
dibaca dengan mudah.
Khamis, 15 November 2018
BBM3410/18 SCREEN SHOT TWITTER
Assalamuailaikum, hari ini merupakan hari terakhir untuk
penilaian markah. Oleh itu, Prof N
meminta pelajar berhenti sementara untuk
menulis blog.
Minggu ini kami diminta upload cerita tentang di twitter
setiap minggu satu post harus ditulis. Kerja
di twitter perlu dibuat secara
berseorang dan tidak perlu kumpulan. Jadi setiap minggu aku update la
kata-kata
atau luahan yang sesuai dan sopan.
Contoh gambar twitter aku diatas yang Prof N suruh screen
shot untuk memastikan setiap orang kena
ada twitter. Aku update tentang minggu
itu semua pelajar bahasa dan linguistik melayu perlu hantar
pita bab 1-3 kerana
memrupakan penilaian minggu terakhir apalagi pakat pulun la cerita dia, kalut
habis. Ada yang tak lena laa. Penangan pita memang hebat sem akhir ini tapi taka
pa bertambah
pengakhirannya akan manis. Sekian cerita hari ini.
BBM3410/18 VEDIO KALENDER
Hari ini kelas dibatalkan diganti dengan kelas online, kami perlu membuat toturial cara membuat kalender guna aplikasi photoshop.
Isnin, 12 November 2018
BBM3410/18 MINGGU 9 VEDIO ONE SHOT 3 LAYER TAK JADI
Minggu ini,
kumpulan kami kena bentang vedio one shot di dalam kuliah. Jadi masa
kumpulan kena bentang ya allah malu tak tau nak letak mana muka malu buat
rakaman vedio tu.
Kumpulan kami
nama Nafi Studio telah memilih lagu Mark Adam- pencuri hati. Antara pelakon
ialah mahira sebagai penyanyi, manakala ada dua pasang couple ialah mija dan
nizam, napi dan mimi yang menari di bahagian belakang ialah aku, dayah, ain dan
tirah.
Seorang sahabat
lagi tak dapat berlakon sebab dia pergi ke Indonesia iaitu wan. Yang ni paling sedih sebab vedio yang kami buat
tu silap terlebih advance kata Prof N tapi advance pun tak betul sebenarnya. Kumpulan
aku kena rakam lain.
Seterusnya kumpulan
kami pun buat lain dengan redha hahaha. Tetapi tak apa jangan tekanan kita buat
gembira sahaja. Tapi hanya tuhan sahaja yang tahu hahaha.
Ini vedio
pertama yang silap tu:
Khamis, 8 November 2018
BBM3410/18 PELENGAT PISANG KEDAH
Hari ini, aku
rindu warga kedah laa. Rindu makanan kedah iaitu pelengat pisang.tapi aku panggil pengat ja senang sikit nak sebut. Aku sangat suka makan
pengat pisang tapi tak pandai nak buat, hanya tahu makan saja. Selalu kalau aku
balik mesti mak sedara selalu buat jugak la. Tak la selalu kecuali kalau ada
pisang lebih yang terlalu masak sangat boleh la buat pengat pisang. Dulu mak
aku selalu buat tapi sekarang ini mak aku dah tak dak aku duduk dengan abang
aku. Aku banyak tinggal dengan mak sedara aku sebab dia lebih macam mak aku
dah. Selalu aku balik dia selalu buat laksa kedah uiii sedap tu. Bukan sebab
rindu makan ja tapi aku rindu kat depa jugak. Ok masuk pasai pengat pisang ni
jangan tanya resepi aku taktau nak habaq kata orang orang kedah, kalau KL kata
tak tahu la nak bagitau hahaha… boleh lihat gambar kat bawah ni pengat pisang
kedah :
Isnin, 5 November 2018
BBM3410/18 POPULAR PROF N
Hari isnin bersamaan 19 november 2018 kalau diikutkan ada kelas pukul 10 pagi sampai 12 tengah. Tapi kelas diganti dengan kelas online lak…masa kelas akudok lena lagi. Pastu kelambut bangun kena tengok tv pukul 8.15 tak silap aku.
Arahan Prof N dia suruh aku dan budak kelas kena tengok dia
dalam tv AlHijrah sebab dia popular sementara. Pastu tengok la isi-isi yang
disampaikan.
Aku pun berbangga
dengan Prof N masuk tv sebab Prof aku kot, Ni bukan besa-besa. Ok lepas tu arah
Prof senang ja masa tonton snap gambar dia pastu masuk ke dalam instgram pastu
letak
#MartabatBahasaMelayu
Lepas satu kerja lagi kena hantar sreen shot gambar tangan
ok untuk Prof N
Khamis, 1 November 2018
BBM3410/18 SUASANA KAMPUNG DI KEDAH
assalamuailaikum hai...
cerita dekat kampung aku di kedah
Masa aku berada di kampung berasa tenang dapat lihat
keindahan suasana kampung kat kedah. Selalu petang-petang aku pi meronda. Suasana
kampung sangat tenang aku rasa kadang-kadang tak nak balik dekat upm sebat
kerja banyak rasa serabut. Ingat senang nak ambik ijazah susah jugak la. Dulu cikgu
aku cakap masuk U senang..sekarang rasakan ambik hang.
Tak pa tu la rezeki dapat sampai sekarang tinggai berapa
bulan lagi nak habis. Walaupun nanti aku grad tak dak mak dan ayah aku redha
sebab aku masih ada adik-beradik yang sayang aku. Sebab tu aku seronok balik
kedah kerana mempunyai keluarga yang tersayang.
Dekat kedah jugak
kalau balik boleh makan macam-macam. Tak macam dekat KL makannya mahal sangat
tak kena dengan tekak tapi makan juga la tak mau lapar. Rindunya nak balik tak
sabaq nak balik kedah lagi.. dalam gambar ni sepupu yang paling rapat dengan aku macam kakak, abang dan adik.
Sekian cerita aku. byee..
BBM3410/18 AKU KUAT GEMURUH
Assalamuailaikum hai
sahabat….
Cerita tentang budak
teater sepanjang sem kena berlakon pandan la ambik minor seni persembahan. Haa haritu
aku kena berlakon cerita budak raja. Cerita tentang bangsawan dahulu. Aku dapat
watak pegawal. Masa jadi pengawal aku lega sebab skrip aku sikit hihi. Sebab watak
yang aku bawa hanya kena berperang dengan sesama pegawal lain.
Cerita dia macam ni ada
dua anak raja tua tamak harta sebab dia anak nombor dua dia tak mau semua kuasa
jatuh ke tangan abang sulongnya. Jadi depa bertengkar sebab harta dan gaduh
mahu perang.
Jadi aku jadi pegawal anak nombor dua raja begitu la cerita dia
serba sedikit bagi korang paham hihi. Tapi dia gemuruh depan orang macam nak
pecah darah tau dak.
Paling aku tak tahan aku
punya gemuruh tu lain macam masa aku pegang pedang tu penuh dengan peluh hahha
habis basah pedang tu.. aku punya gemuruh tak nak habaq teqok nak sangat.
BBM3410/18 MINGGU 8 VEDIO ONE SHOT
Assalamualaikum wbt..
Hai kawan-kawan.. jumpa
lagi
Hari ini, aku dapat tugasan
berkaitan one shot. Prof N menyuruh setiap kumpulan buat vedio one shot. Dimana aku dan rakan kena merakam vedio dan perlu memilih lagu yang
sesuai.
Ya ampun susah jugak la
nak buat vedio ni. Membanyak kali kena usaha bagi jadi tau. Sebab pakat nak kampong
jadi kena la bagi selesai dulu baru balik kampong dengan kot. Layannn.
One shot vedio ni banyak
kali buat untuk tau dia punya proses kena bagi faham betul-betul. Dah la bila
dah rakam tak leh edit tau dak uii stress juga la. Aku dengan kumpulan proses
pertama cari tempat yang sesuai kami pilih di bukit ekspo sebab tempat tu
lapang bebas bergerak ikut part masing-masing. Pastu berbincangan dulu waktu
mana sesuai sama ada petang atau pagi. Aku bersama kawan-kawan hari t uterus membuat
latihan pertama dah macam orang gila. Sebab menari macam kayu hahah. Maklum la
badan tak selembut agar-agar….... kami
pilih tajuk lagu pencuri hati- mark adam. Nampak gaya lagu tu ja sesuai.
Sepanjang latihan vedio
tersebut kami memang beberapa kami praktis untuk Nampak perjalanan supaya
berjalan lancar dan alhamdulilah akhirnya selesai jugak vedio nampak cantik. Ok,
sekian cerita aku.
Khamis, 25 Oktober 2018
BBM3410/18 AGAK RUMIT KALENDER GUNA PHOTOSHOP
Cerita pasal
kalender buat photoshop mula-mula buat susah juga nak faham jugak la.. awat
Prof N suruh buat kerja macam rumit kot.
Dia punya sifat redha tu tak tahan tetap
kena redha walauapapun.
Selain itu, ada
kebaikan dia juga sebab boleh belajar benda yang baru dapat ilmu yang baru. Kalau
tidak taktau fungsi apa photoshop dalam laptop ni. Kira ada baru nak tau la
perkembangan aplikasi ni. Orang lain pakat tau habis dah.
Kira ja baru nak
tai nak buat macam mana. Masa tengah aku buat kalender photoshp boleh lak dia
jadi apatah, tengok-tengok dia tak simpan salah aku jugak tak tengok
betul-betul …
hemm kena buat
balik tau dak dari kalender bulan 1-3 untuk 2019.. ya ampunn menyiaqap rasa…tapi
alhamdulilah ahirnya dengan sikap redha siap jugak aku. Ok sekian cerita hari
ini.
BBM3410/18 CERITA SANTAI-SANTAI
HAI...
hari ini dalam kelas Prof N,
kami perlu mengepos gambar dalam laman sosial iaitu instagram. Kami perlu pos
tiga gambar ikut suka hati janji jalankan kerja Prof N. kelas Prof ini banyak
mempelajari tentang tangkap gambar yang lebih menarik.
Prof N mudah kerja di
dalam kelas dia janji REDHA kan Prof N. Ok sambung balik tentang pos gambar
perlu mengunakan ilmu yang diajar selama enam minggu ini.
pelbagai aktiviti
yang dijalankan dalam kelasnya. Prof N orangnya baik. Seronok belajar
dengan dia. Sebab banyak belajar benda yang baru dapat digunakan untuk masa
depan..
saya bukan saja-saja puji Prof N. memang kena puji sebab semuanya betui
hihi. Nanti masti rindu Prof N sempat tak lama dah saya dekat upm. Prof N
memang terbaik.
BBM3410/18 LAGU KLASIK BEST LAYAN..
Ni lagu klasik paling aku minat
tiap-tiap malam selalu dengar bak kata radio klasik mengamit kenangan. Hihi. Lagu
ini tujukan untuk keluarga dan kekasih. Tetapi bila dengar lagu ni rasa pilu. Entah
taktau nak bagitau camana setiap orang akan rasa sendiri hihi.. cyewahh nanti
korang dengar la lagu ni kalau teringin ye..
lirik lagu Di Mana Kasih Ku
Di mana kini kau berada
Kehilanganmu amat ku rasa
Setelah kau tiada
Hatiku merana
Apabila malam mejelma
Pergimu tiada penganti
Kasihku tak berbelah bagi
Biarpun kini kau tiada disisi
Kau tetap bertaktha dihati
Andainya kau telah berpunya
Ku doakan agar kau bahagia
Biarpun kasihku beribu
Namun cintaku hanyalah satu
Padamu oh kekasihku
Harapan menjadi kenangan
Hancur luhur segala impian
Andainya takdir tentukan demikian
Biar diriku sendirian
BBM3410/18 MINGGU 7 MEMBUAT KALENDER
HAI GUYSS..
hari ini buat kalender..
hari ini buat kalender..
Setiap pelajar kena belajar buat
kalender. Setiap kalender mempunyai 3 layer atau pun lebih pun tak pe lagi kreatif. Kami diajar oleh grf
Prof N cara membuat.
Membuat kalender perlu belajar dengan
teliti takut tersilap je terus hancur haha.. sebab aku dah terkena aku pi
simpan dia jadi gambar pastu tak buka.. ohh tekanannn kot. Sabar dan redha je
buat lain. Dalam proses tersebut layer pertama aku letak latarbelakang putih.
Latarbelakang putih sangat
penting setiap kalender. Bagi aku la penting untuk Nampak layer banyak sikit
haha. Tapi aku selalu buat tiga layer ja. Sebab nak buat banyak-banyak kurang
kreatif tapi tak pa aku cuba buat.
Pertama kami perlu kalender januari 2019
selepas balik ke rumah perlu buat kalender yang selanjutnya sampai habis bulan
12. Membuat kalender merupakan sesuatu pembelajaran yang menarik supaya lebih
tahu kegunaan teknologi lebih mendalam katakan..
ok sekian bye….
Khamis, 18 Oktober 2018
BBM3410/18 AKTIVITI DALAM TEATER
Menjadi Pelakon
Hai guys…
Aku sebenar tak pandai pun dalam
jiwa lakonan ini. Tetapi aku telah mengambil minor seni persembahan, aku kena
la berlakon. Pada sem 5 aku telah mengambil subjek seni lakon. Nak tak nak kena
lakon la. Dr Zul merupakan pengajar di dalam kuliah tersebut. Selepas itu, Dr
Zul telah menyerah skrip, beliau menyuruh aku dan rakan-rakan membaca skrip dan
melakonkan watak tersebut. Aku telah mengambil watak sebagai pegawal menjaga istana.
Watak itu ja yang sesuai dengan aku.. Semasa aku melakon watak tersebut aku
perlu menjalankan olah badan membuat aktiviti senaman badan, meditasi ialah
seperti duduk keadaan bertapa dalam 15 minit, selepas itu, olah vokal ini
merupakan asas vokal yang dilakukan sebelum berlakon. Aktiviti ini dijalankan
untuk penyampaian suara lebih jelas dan lancar. Sampai sini sahaja cerita
tentang aktiviti pelakon.
BBM3410/18 MINGGU KE 6 TUGASAN SIMPULAN BAHASA
SIMPULAN BAHASA
Hai hari ini, aku dan rakan dapat
tugasan tentang simpulan bahasa. Kumpulan aku telah memilih 10 tajuk simpulan
bahasa. Kami perlu mengambil gambar yang sesuai mengikut tajuk simpulan bahasa.
Kami telah memilih tempat yang sesuai dengan situasi dalam gambar tersebut. Antara
10 tajuk kesimpulan ialah kera sumbang, cahaya mata, beradu buku, jatuh hati,
malu-malu kucing, madu tiga, putih mata, perah otak, tidur ayam dan hangat
hati. Antara tempat yang dipilih di fbmk dan kolej serumpun merupakan tempat
yang strategik dan menarik. Semua orang perlu mengambil bahagian dalam gambar
tersebut.
Antara contoh gambar mengikut
simpulan bahasa yang sesuai :
1. Kera Sumbang
2. Cahaya Mata
3. Beradu Buku
4. Jatuh Hati
5. Malu-Malu Kucing
6. Madu Tiga
7. Putih Mata
8. Perah Mata
9. Tidur Ayam
10. Hangat Hati
Langgan:
Catatan (Atom)
CEPATNYA MASA BERLALU
7.1.2020 cepatnya masa..sekarang umoq aku dah 25...aku harap tahun 2020 ni impian aku tercapai..apa yang aku hajati...satu lagi dapat bers...
-
Assalamualaikum dan hai guysss.. Harini aku kena berkongsi tugasan berkenaan dengan Facebook. Prof aku ni dah nak hujung pun dia suruh ...
-
7.1.2020 cepatnya masa..sekarang umoq aku dah 25...aku harap tahun 2020 ni impian aku tercapai..apa yang aku hajati...satu lagi dapat bers...











