Sabtu, 29 September 2018

BBM3410 KISAH AINUN MARDHIAH


KISAH AINUN MARDHIAH
Aku suka tentang kisah ainun mardhiah seorang bidadari yang aku tahu la. Sebab aku ada tahu sikit-sikit tentang kisah ini.

'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari yang lain (bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad/berdakwah untuk agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari2 syurga.

Kaum lelaki sangat beruntung bagi aku kerana allah telah menciptakan bidadari untuk mereka.
Ini cerita yang aku tahu serba-sedikit kalau nak lebih lanjut boleh google sejarah ainun mardhiah.
Jangan lupa dengar lagu ini : Lirik by: UNIC (Ainul Mardhiah)

Dirimu pembakar semangat perwira Rela berkorban demi agama Kau jadi taruhan berjuta pemudaYang bakal dinobat sebagai syuhada Itulah janji pencipta Yang Esa

Engkaulah bidadari dalam syurga Bersemayam di mahligai bahgia Anggun gayamu wahai seorang puteri Indahnya wajah bermandi seri

Menjadi cermin tamsilan kendiri Untuk melakar satu wacana Buatmu bernama wanita

Ainul Mardhiah Kau seharum kuntuman di Taman Syurga Menanti hadirnya seorang lelaki Untuk menjadi bukti cinta sejati Ooh! Tuhan Bisakah dicari di dunia ini Seorang wanita bak bidadar iMenghulurkan cinta setulus kasih Dihati lelaki bernama kekasih..

Jumaat, 28 September 2018

BBM3410/18 CERITA HANTU


Hai guys..ni kisah cerita hantu
Masa aku kecik atok dan nenek selalu pesan jangan balik lewat nanti hantu ikut
Ternyata betul wey.

Masa aku dengan kawan aku main sampai tak ingat dunia. Aku ni suka main permainan budak jantan seperti lastik dan tuju guli.. ada jugak main perempuan aku main tapi kurang la..

Ok kembali cerita hantu tu, masa aku tengah main aci sembunyi tiba-tiba kawan aku kena sembunyi. Memang klise sikit dengar cerita ini. Tetapi sebenarnya wujud dan terjadi pada aku waktu.

Tengah aku dengan kawan-kawan leka main tiba-tiba kawan aku yang nama syamir ini hilang..yang sorang lagi nama pikah, paah, ina, dan  pirah. Mi kawan masa kecik aku. Depa suka ajak aku pi main merata.

Aku seorang budak perempuan yang nakal, selalu je rotan pelbagai jenis. Masa tengah syok main si syamir ni hilang. Pastu aku pon pelik pikah pun pi cari tak jumpa.. aku waktu terpikir nenek dan atok aku cerita pasal hantu sembunyi… mungkin benda yang terjadi ni sama macam cerita syamir hilang.
 Pastu aku pun pakat ramai-ramai bagitahu keluarganya, tak lama kemudian keluarga syamir pun sampai. Nasib la abang syamir ni pandai tentang benda halus. Rupanya si syamir kena sembunyi pulak. Rupa di duduk dekat kami ja, rupanya kami ja tak Nampak. Tu la lain kali dengar cakap orang tua. Depa lebih makan garam dari kita. Ok sekian cerita aku.

Khamis, 27 September 2018

BBM3410/18 MINGGU 2 (5 ASAS GRAFIK)

hai guyss....

Pada minggu kedua, kami diarah oleh prof menyiapkan tugasan dengan menggunakan alatan atau barangan yang diminta dibawa waktu kuliah. Kami ditugas membuat tugasan 5 asas grafik berikutan aspek mudah, keseimbangan, kesesuaian, warna dan teks.

Nama kumpulan nafi studio seramai 10 orang pelajar. Selain itu, tugasan tersebut harus dijalankan secara berkerjasama  dalam masa yang singkat. Tugasan asas grafik perlu dibuat dengan teliti dengan mengikut proses yang telah digunakan.

Setiap ahli kumpulan menjalankan kerja masing-masing yang telah diberikan. Tugasan ini perlu disiapkan pada hari yang sama sebelum jam 2 petang.


Akhirnya, kami berjaya menyiapkan tugasan tersebut. Oleh itu, setelah selesai tugasan diberi penilaian mendapat 1  bintang daripada Prof Normaliza.


Di bawah adalah beberapa keping gambar yang dilakukan oleh ahli kumpulan saya


kerjasama antara kumpulan




senarai nama setiap kumpulan 




mudah



teks



keseimbangan




kesesuaian



warna





BBM3410/18 MINGGU 1



hai guys...

Pada minggu pertama kuliah BBM3410 Multimedia Dalam Bahasa bermula sesi pengenalan bersama Prof Madya Dr Normaliza binti Abd Rahim.

Haaaa ni dia prof kami yang disayangi


Profesor Dr. Normaliza Binti Abd Rahim

Untuk minggu pertama Prof menerangkan sinopsis kursus tentang beberapa keperluan, penerangan peratus markah yang di peroleh setiap kerja kursus sebanyak 80% dan peperiksaan akhir sebanyak 20%.

Selain itu, kursus ini mempunyai tugasan individu dan kumpulan satu kumpulan ada 10 orang, Prof juga memaklumkan kursus ini ada amali, amali bermula hari khamis bagi kumpulan 2 bermula jam 12.00 p.m hingga 2.00 p.m. Setiap amali dijalankan semua pelajar wajib hadir.


Selepas itu, kami diberi pendedahan tentang Multimedia dalam berbahasa. Antara pembelajaran asas grafik yang terdapat dalam kuliah kami perlu mencari bahan berdasarkan teks. kesesuaian, mudah, warna dan keseimbangan.

Antara bahan yang digunakan dalam asas grafik :


                                                                          1. majalah

                                                                 


                                                                         2. Gunting
                                                 
                                                                      3. Glue Stick

4. Multing Board


5. Pisau


6. Riben
7. puncher



BBM3410/18 TENTANG AKU




ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA BLOGGER !

Ini merupakan blog pertama saya. Tujuan saya membuat blog ini ingin berkongsi maklumat dan pengetahuan yang dapat memberi manfaat.

Blog ini juga berkaitan dengan subjek BBM3410 Multimedia Dalam bahasa. Oleh itu, setiap minggu saya akan berkongsi aktiviti di dalam kuliah subjek tersebut.

Selain itu, kepada rakan yang saya kasihi semoga kita dapat bersua kenal di blog ini dan memberi pendapat tentang ilmu pengetahuan.



Hai salam perkenalan

Nama diberi siti safuriah binti musa

Berasal dari kedah

Berumur 23 tahun

Dilahirkan tanggal 19 mei 1995

Anak yang ke 5 dari 5 adik-beradik

Dilahirkan Hospital Jitra

Saya mengambil program bacelor sastera bahasa dan linguistik melayu

Saya pelajar tahun akhir dan bakal bergraduat tahun 2019

Sekian terima kasih, selamat perkenalan rakan-rakan semua

CEPATNYA MASA BERLALU

7.1.2020 cepatnya masa..sekarang umoq aku dah 25...aku harap tahun 2020 ni impian aku tercapai..apa yang aku hajati...satu lagi dapat bers...