Khamis, 15 November 2018

BBM3410/18 SCREEN SHOT TWITTER


Assalamuailaikum, hari ini merupakan hari terakhir untuk penilaian markah. Oleh itu, Prof N 

meminta pelajar berhenti sementara untuk menulis blog.

Minggu ini kami diminta upload cerita tentang di twitter setiap minggu satu post harus ditulis. Kerja 

di twitter perlu dibuat secara berseorang dan tidak perlu kumpulan. Jadi setiap minggu aku update la 

kata-kata atau luahan yang sesuai dan sopan.

Contoh gambar twitter aku diatas yang Prof N suruh screen shot untuk memastikan setiap orang kena 

ada twitter. Aku update tentang minggu itu semua pelajar bahasa dan linguistik melayu perlu hantar 

pita bab 1-3 kerana memrupakan penilaian minggu terakhir apalagi pakat pulun la cerita dia, kalut 

habis. Ada yang tak lena laa. Penangan pita memang hebat sem akhir ini tapi taka pa bertambah 

pengakhirannya akan manis. Sekian cerita hari ini.



BBM3410/18 VEDIO KALENDER

Hari ini kelas dibatalkan diganti dengan kelas online, kami perlu membuat toturial cara membuat kalender guna aplikasi photoshop.


Isnin, 12 November 2018

BBM3410/18 MINGGU 9 VEDIO ONE SHOT 3 LAYER TAK JADI


Minggu ini, kumpulan kami kena bentang vedio one shot di dalam kuliah. Jadi masa kumpulan kena bentang ya allah malu tak tau nak letak mana muka malu buat rakaman vedio tu.
Kumpulan kami nama Nafi Studio telah memilih lagu Mark Adam- pencuri hati. Antara pelakon ialah mahira sebagai penyanyi, manakala ada dua pasang couple ialah mija dan nizam, napi dan mimi yang menari di bahagian belakang ialah aku, dayah, ain dan tirah.
Seorang sahabat lagi tak dapat berlakon sebab dia pergi ke Indonesia iaitu wan.  Yang ni paling sedih sebab vedio yang kami buat tu silap terlebih advance kata Prof N tapi advance pun tak betul sebenarnya. Kumpulan aku kena rakam lain.
Seterusnya kumpulan kami pun buat lain dengan redha hahaha. Tetapi tak apa jangan tekanan kita buat gembira sahaja. Tapi hanya tuhan sahaja yang tahu hahaha.
Ini vedio pertama yang silap tu:


Khamis, 8 November 2018

BBM3410/18 PELENGAT PISANG KEDAH




Hari ini, aku rindu warga kedah laa. Rindu makanan kedah iaitu pelengat pisang.tapi aku panggil pengat ja senang sikit nak sebut.  Aku sangat suka makan pengat pisang tapi tak pandai nak buat, hanya tahu makan saja. Selalu kalau aku balik mesti mak sedara selalu buat jugak la. Tak la selalu kecuali kalau ada pisang lebih yang terlalu masak sangat boleh la buat pengat pisang. Dulu mak aku selalu buat tapi sekarang ini mak aku dah tak dak aku duduk dengan abang aku. Aku banyak tinggal dengan mak sedara aku sebab dia lebih macam mak aku dah. Selalu aku balik dia selalu buat laksa kedah uiii sedap tu. Bukan sebab rindu makan ja tapi aku rindu kat depa jugak. Ok masuk pasai pengat pisang ni jangan tanya resepi aku taktau nak habaq kata orang orang kedah, kalau KL kata tak tahu la nak bagitau hahaha… boleh lihat gambar kat bawah ni pengat pisang kedah :


Related image

Isnin, 5 November 2018

BBM3410/18 POPULAR PROF N










Hari isnin bersamaan 19 november 2018 kalau diikutkan ada kelas pukul 10 pagi sampai 12 tengah. Tapi kelas diganti dengan kelas online lak…masa kelas akudok lena lagi. Pastu kelambut bangun kena tengok tv pukul 8.15 tak silap aku.  

Arahan Prof N dia suruh aku dan budak kelas kena tengok dia dalam tv AlHijrah sebab dia popular sementara. Pastu tengok la isi-isi yang disampaikan.

 Aku pun berbangga dengan Prof N masuk tv sebab Prof aku kot, Ni bukan besa-besa. Ok lepas tu arah Prof senang ja masa tonton snap gambar dia pastu masuk ke dalam instgram pastu letak  

#MartabatBahasaMelayu



Lepas satu kerja lagi kena hantar sreen shot gambar tangan ok untuk Prof N



Khamis, 1 November 2018

BBM3410/18 SUASANA KAMPUNG DI KEDAH



assalamuailaikum hai...

cerita dekat kampung aku di kedah

Masa aku berada di kampung berasa tenang dapat lihat keindahan suasana kampung kat kedah. Selalu petang-petang aku pi meronda. Suasana kampung sangat tenang aku rasa kadang-kadang tak nak balik dekat upm sebat kerja banyak rasa serabut. Ingat senang nak ambik ijazah susah jugak la. Dulu cikgu aku cakap masuk U senang..sekarang rasakan ambik hang.


Tak pa tu la rezeki dapat sampai sekarang tinggai berapa bulan lagi nak habis. Walaupun nanti aku grad tak dak mak dan ayah aku redha sebab aku masih ada adik-beradik yang sayang aku. Sebab tu aku seronok balik kedah kerana mempunyai keluarga yang tersayang.

 Dekat kedah jugak kalau balik boleh makan macam-macam. Tak macam dekat KL makannya mahal sangat tak kena dengan tekak tapi makan juga la tak mau lapar. Rindunya nak balik tak sabaq nak balik kedah lagi.. dalam gambar ni sepupu yang paling rapat dengan aku macam kakak, abang dan adik.


Sekian cerita aku. byee..




BBM3410/18 AKU KUAT GEMURUH


Assalamuailaikum hai sahabat….
Cerita tentang budak teater sepanjang sem kena berlakon pandan la ambik minor seni persembahan. Haa haritu aku kena berlakon cerita budak raja. Cerita tentang bangsawan dahulu. Aku dapat watak pegawal. Masa jadi pengawal aku lega sebab skrip aku sikit hihi. Sebab watak yang aku bawa hanya kena berperang dengan sesama pegawal lain.


Cerita dia macam ni ada dua anak raja tua tamak harta sebab dia anak nombor dua dia tak mau semua kuasa jatuh ke tangan abang sulongnya. Jadi depa bertengkar sebab harta dan gaduh mahu perang. 


Jadi aku jadi pegawal anak nombor dua raja begitu la cerita dia serba sedikit bagi korang paham hihi. Tapi dia gemuruh depan orang macam nak pecah darah tau dak.


Paling aku tak tahan aku punya gemuruh tu lain macam masa aku pegang pedang tu penuh dengan peluh hahha habis basah pedang tu.. aku punya gemuruh tak nak habaq teqok nak sangat.

sekian sahaja sampai disini. maseh sudi baca cerita aku








BBM3410/18 MINGGU 8 VEDIO ONE SHOT

Assalamualaikum wbt..
Hai kawan-kawan.. jumpa lagi


Hari ini, aku dapat tugasan berkaitan one shot. Prof N menyuruh setiap kumpulan buat vedio one shot. Dimana aku dan rakan kena merakam vedio dan perlu memilih lagu yang sesuai.


Ya ampun susah jugak la nak buat vedio ni. Membanyak kali kena usaha bagi jadi tau. Sebab pakat nak kampong jadi kena la bagi selesai dulu baru balik kampong dengan kot. Layannn.


One shot vedio ni banyak kali buat untuk tau dia punya proses kena bagi faham betul-betul. Dah la bila dah rakam tak leh edit tau dak uii stress juga la. Aku dengan kumpulan proses pertama cari tempat yang sesuai kami pilih di bukit ekspo sebab tempat tu lapang bebas bergerak ikut part masing-masing. Pastu berbincangan dulu waktu mana sesuai sama ada petang atau pagi. Aku bersama kawan-kawan hari t uterus membuat latihan pertama dah macam orang gila. Sebab menari macam kayu hahah. Maklum la badan tak selembut agar-agar….... kami pilih tajuk lagu pencuri hati- mark adam. Nampak gaya lagu tu ja sesuai.




Sepanjang latihan vedio tersebut kami memang beberapa kami praktis untuk Nampak perjalanan supaya berjalan lancar dan alhamdulilah akhirnya selesai jugak vedio nampak cantik. Ok, sekian cerita aku.


CEPATNYA MASA BERLALU

7.1.2020 cepatnya masa..sekarang umoq aku dah 25...aku harap tahun 2020 ni impian aku tercapai..apa yang aku hajati...satu lagi dapat bers...