Khamis, 25 Oktober 2018

BBM3410/18 AGAK RUMIT KALENDER GUNA PHOTOSHOP


Cerita pasal kalender buat photoshop mula-mula buat susah juga nak faham jugak la.. awat Prof N suruh buat kerja macam rumit kot. 

Dia punya sifat redha tu tak tahan tetap kena redha walauapapun.

Selain itu, ada kebaikan dia juga sebab boleh belajar benda yang baru dapat ilmu yang baru. Kalau tidak taktau fungsi apa photoshop dalam laptop ni. Kira ada baru nak tau la perkembangan aplikasi ni. Orang lain pakat tau habis dah.

Kira ja baru nak tai nak buat macam mana. Masa tengah aku buat kalender photoshp boleh lak dia jadi apatah, tengok-tengok dia tak simpan salah aku jugak tak tengok betul-betul …

hemm kena buat balik tau dak dari kalender bulan 1-3 untuk 2019.. ya ampunn menyiaqap rasa…tapi alhamdulilah ahirnya dengan sikap redha siap jugak aku. Ok sekian cerita hari ini.

BBM3410/18 CERITA SANTAI-SANTAI


HAI... 

hari ini dalam kelas Prof N, kami perlu mengepos gambar dalam laman sosial iaitu instagram. Kami perlu pos tiga gambar ikut suka hati janji jalankan kerja Prof N. kelas Prof ini banyak mempelajari tentang tangkap gambar yang lebih menarik. 

Prof N mudah kerja di dalam kelas dia janji REDHA kan Prof N. Ok sambung balik tentang pos gambar perlu mengunakan ilmu yang diajar selama enam minggu ini.

pelbagai aktiviti yang dijalankan dalam kelasnya. Prof N orangnya baik. Seronok belajar dengan dia. Sebab banyak belajar benda yang baru dapat digunakan untuk masa depan.. 

saya bukan saja-saja puji Prof N. memang kena puji sebab semuanya betui hihi. Nanti masti rindu Prof N sempat tak lama dah saya dekat upm. Prof N memang terbaik.

BBM3410/18 LAGU KLASIK BEST LAYAN..


Ni lagu klasik paling aku minat tiap-tiap malam selalu dengar bak kata radio klasik mengamit kenangan. Hihi. Lagu ini tujukan untuk keluarga dan kekasih. Tetapi bila dengar lagu ni rasa pilu. Entah taktau nak bagitau camana setiap orang akan rasa sendiri hihi.. cyewahh nanti korang dengar la lagu ni kalau teringin ye..

lirik lagu  Di Mana Kasih Ku

Di mana kini kau berada
Kehilanganmu amat ku rasa
Setelah kau tiada
Hatiku merana
Apabila malam mejelma

Pergimu tiada penganti
Kasihku tak berbelah bagi
Biarpun kini kau tiada disisi
Kau tetap bertaktha dihati

Andainya kau telah berpunya
Ku doakan agar kau bahagia
Biarpun kasihku beribu
Namun cintaku hanyalah satu
Padamu oh kekasihku

Harapan menjadi kenangan
Hancur luhur segala impian
Andainya takdir tentukan demikian
Biar diriku sendirian

BBM3410/18 MINGGU 7 MEMBUAT KALENDER

HAI GUYSS..

hari ini buat kalender..


Setiap pelajar kena belajar buat kalender. Setiap kalender mempunyai 3 layer atau pun lebih pun  tak pe lagi kreatif. Kami diajar oleh grf Prof N cara membuat.

Membuat kalender perlu belajar dengan teliti takut tersilap je terus hancur haha.. sebab aku dah terkena aku pi simpan dia jadi gambar pastu tak buka.. ohh tekanannn kot. Sabar dan redha je buat lain. Dalam proses tersebut layer pertama aku letak latarbelakang putih.

Latarbelakang putih sangat penting setiap kalender. Bagi aku la penting untuk Nampak layer banyak sikit haha. Tapi aku selalu buat tiga layer ja. Sebab nak buat banyak-banyak kurang kreatif tapi tak pa aku cuba buat. 

Pertama kami perlu kalender januari 2019 selepas balik ke rumah perlu buat kalender yang selanjutnya sampai habis bulan 12. Membuat kalender merupakan sesuatu pembelajaran yang menarik supaya lebih tahu kegunaan  teknologi lebih mendalam katakan.. ok sekian bye….

Khamis, 18 Oktober 2018

BBM3410/18 AKTIVITI DALAM TEATER


Menjadi Pelakon 

Hai guys…
Aku sebenar tak pandai pun dalam jiwa lakonan ini. Tetapi aku telah mengambil minor seni persembahan, aku kena la berlakon. Pada sem 5 aku telah mengambil subjek seni lakon. Nak tak nak kena lakon la. Dr Zul merupakan pengajar di dalam kuliah tersebut. Selepas itu, Dr Zul telah menyerah skrip, beliau menyuruh aku dan rakan-rakan membaca skrip dan melakonkan watak tersebut. Aku telah mengambil watak sebagai pegawal menjaga istana. Watak itu ja yang sesuai dengan aku.. Semasa aku melakon watak tersebut aku perlu menjalankan olah badan membuat aktiviti senaman badan, meditasi ialah seperti duduk keadaan bertapa dalam 15 minit, selepas itu, olah vokal ini merupakan asas vokal yang dilakukan sebelum berlakon. Aktiviti ini dijalankan untuk penyampaian suara lebih jelas dan lancar. Sampai sini sahaja cerita tentang aktiviti pelakon.

BBM3410/18 MINGGU KE 6 TUGASAN SIMPULAN BAHASA


SIMPULAN BAHASA

Hai hari ini, aku dan rakan dapat tugasan tentang simpulan bahasa. Kumpulan aku telah memilih 10 tajuk simpulan bahasa. Kami perlu mengambil gambar yang sesuai mengikut tajuk simpulan bahasa. Kami telah memilih tempat yang sesuai dengan situasi dalam gambar tersebut. Antara 10 tajuk kesimpulan ialah kera sumbang, cahaya mata, beradu buku, jatuh hati, malu-malu kucing, madu tiga, putih mata, perah otak, tidur ayam dan hangat hati. Antara tempat yang dipilih di fbmk dan kolej serumpun merupakan tempat yang strategik dan menarik. Semua orang perlu mengambil bahagian dalam gambar tersebut.

Antara contoh gambar mengikut simpulan bahasa yang sesuai :


1. Kera Sumbang




2. Cahaya Mata


3. Beradu Buku

4. Jatuh Hati

5. Malu-Malu Kucing

6. Madu Tiga


7. Putih Mata


8. Perah Mata

9. Tidur Ayam

10. Hangat Hati





Khamis, 11 Oktober 2018

BBM3410/18 KISAH AIR TIADA


Haiii guys

Pada hari yang lalu kolej serumpun diistiharkan…..kolej aku tiada airrrr… apa??? Alamak susah laa air tiada? tahukan kalau perempuan tiada air mana yaa ampun… hemm maklum perempuan kalau mandi mesti lama.  Selama tiga hari tak dak air tapi ada jugak la air sikit-sikit tu. Aku mula kalut membasuh baju la itu la, ini la. Aku kutip habis segala baju-baju untuk basuh sebelum tiada air. Selesai basuh pun rilek-rilek kejap pastu pergi makan, masa nak makan dekat secret recipe untuk buat vedio lax, kumpulan aku kena review kek tersebut. Aku pun buat la review tentang kek tersebut nak dijadikan cerita masa beli kek, pekerja dekat situ cakap “maaf ye dik minuman tak disediakan sebab air tak ade”. kau rasa? aku pun lepas makan laa pastu balik minum air dekat kolej.


 Selesai setakat itu sahaja cerita aku…

BBM3410/18 SEMANGAT PUN TIBA




Haii guyss...

Hari ini semangat aku nak buat pita. Tahu tak pita tu ape? Pita itu projek  ilmiah tahun akhir, aku punya semangat hari ini bangun awai dari subuh sampai aku tahan mata sampai pukul 8 pagi tiba air pulak tiada, aku pun cepat-cepat mandi semangat punya diri lepas mandi terus siap-siap pergi ke fakulti bahasa moden dan komunikasi. Setelah sampai dengan bangganya kaki melangkah ke hadapan menuju wisata minda tiba-tiba paling menyedihkan wisata minda tutup aku terpaksa ke library untuk mengenang nasib pita dengan muka tak rela aku tetap kena pergi library untuk rujukan. Ketika sampai di library aku hanya memakai selipar jamban, tiba-tiba mereka pandang pada aku ketika jalan, kasut mengeluar bunyi pat pat pat… malu  gila weyy… pastu aku jalan buat tak tahu. Kesah apa aku nak mencari ilmu pakai selipar jamban bukan halangan okey.. ssemangat pun tiba dalam membuat pita tersebut.

SETAKAT TU JE CERITA AKU HUHU...BABAIIII


BBM3410/18 MINGGU KE-5


Pada minggu ke 5 kami ditugaskan membuat tugasan dalam kumpulan. Prof N memberi tugasan memgambil gambar menggunakan proses antaranya FlatLay, QuaterFlatLay, HalfFlatLay, dan ZeroFlatlay. Dalam proses tugasan tersebut harus menggunakan bahan-bahan yang berlainan di dalam setiap gambar. Setiap satu proses tersebut perlu mengambil 5 keping gambar dengan bahan yang berbeza. Setelah mengambil gambar dengan kumpulan perlu menghantar ke dalam instgram. Antara masa yang beri bermula 11.30 a.m sehingga 12.00 p.m. setiap kumpulan harus hantar mengikut masa yang ditetapkan.


Antara contoh gambar yang diambil mengikut proses tersebut :


1. FlatLay


Gambar ini diambil bahagian tepat pada hadapan



2. QuaterFlatLay

Gambar ini diambil dari 15 darjah antara atas sedikit


3.   HalfFlatLay



Gambar ini diambil antara 45 darjah


4. ZeroFlatLay




Gambar ini diambil cara rapat dibawah

Khamis, 4 Oktober 2018

BBM3410/18 KEHIDUPAN SEMENTARA


Aku merupakan anak jati kedah, yang menjadi perantau demi mencari ilmu. Aku belajar di upm, sepanjangan aku berada di kolej kediaman amat menyakitkan kerana merindui ibubapaku yang telah pergi mengadap ilahi. Setiap saat dan setiap minit terlintas dihati tidak pernah sedikit pun tak rindu. Tetapi apa boleh buat ini takdirku. Aku mempunyai empat abang, semua abangku baik belaka kerana menjaga dan melindungiku. Tetapi kekadang terfikir terasa membebankan mereka kerana abangku telah mempunyai keluarga. Terkadang tanpa aku sedar, aku selalu menyalahkan takdir mengapa aku dilahirkan begini tak seperti orang lain. Disaat aku sakit tiada siapa yang tahu saat aku perit hanya tuhan sahaja yang mengetahui. Walaupun apa terjadi aku mesti teruskan kehidupan. Alhamdulilah masih mempunyai keluarga yang menyayangiku. kerana mereka aku berjaya dan bakal bergraduat tahun 2019 kerana membuat semangat dan merukan impianku. Just Smile.

BBM3410/18 MINGGU KE-4 KEHILANGAN MARKAH AMAT BERMAKNA




Assalamuailaikum hai sahabat 

Hari ini merupakan minggu ke 4 hari isnin kelas BBM3410 tiada kelas, Maka Prof. Dr. N pun memberi kerja tugasan dalam Putrablast. Semua pelajar perlu menjawabnya, kami perlu merujuk buku BOOM with Social Media tulisan Noraien Mansor dan Normaliza Abd. Rahim dalam bab 1. Kami perlu menghantar tugasan tersebut pada waktu yang ditetap iaitu pukul 2 petang sehingga 3 petang. Setelah saya selesai tugasan tersebut sementara itu saya bermain youtube sambil menghiburkan diri. Apabila tepat  waktu perlu dihantar saya belum menghantar lagi. Jam 2.21 petang  waktu saya menghantar tugasan melalui email menggunakan gmail. Setelah selesai tugasan tersebut jam nasib saya malang Prof. Dr. N tidak menerima sebarang tugasan saya membuatkan hati saya hancur kerana disitu telah hilang 10 markah. Saya cuba buat apa yang Prof. Dr. N mahukan tetapi saya tidak menyalahkan takdir apapun bukan rezeki saya. Mungkin ada rezeki yang lain. Teruskan usaha jangan pernah mengalah ini baru permulaan. Just Smile sekian terima kasih. Luahan insan lemah.

BBM3410/18 ASAS GRAFIK MINGGU KE 3


Sesi fotogafi

Pada kali ini pelajar BBM3410 telah diberikan tugasan kumpulan. Oleh itu, setiap kumpulan haruslah menghasilkan gambar mengikut jenis-jenis shot terdiri daripada mug shot, long shot, medium shot, potrait, birds eye view dan over the shoulder. Setiap kumpulan perlu mengambil 3 keping gambar pada setiap shot. Tugasan tersebut perlu dihantar ke dalam akaun instagram masing-masing. Kumpulan saya Nafi Studio seramai  10 orang ahli iaitu saya, mija, nizam, napi, dayah, mimi, ain, tirah, erwan, dan mahira. Antara tempat yang strategik untuk sesi fotografi kami memilih lokasi pengambaran sekitar Bukit Ekspo dan luar kawasan UPM. Pelbagai masalah yang dihadapi semasa menjalankan tugasan tersebut antara masalah yang dihadapi ialah selalu hujan di waktu petang kerana waktu petang sesuai untuk bergambar. Oleh itu, kami perlu mengatur masa yang sesuai supaya tidak menggangu jadual masa untuk pembelajaran yang lain. Kami perlu mencari pemandangan yang cantik dan cahaya yang cerah. Untuk mendapat cahaya yang baik di dalam setiap gambar. Antara jenis gambar yang mencabar ialah birds eye view, kami perlu mencari tempat yang tinggi dan mengangap seperti mata seekor burung dan di dalam kumpulan tersebut kami mempunyai rakan lelaki yang boleh memanjat pokok dan memudahkan urusan pelajar permpuan. Tugasan ini sangat menarik kerana hanya perlu mengambil gambar mengikut jenis-jenis yang ditetapkan.

1. Mug Shot



2.Long Shot



3. Medium Shot




4. potrait




5. Birds Eye View



6. Over The Shoulder

CEPATNYA MASA BERLALU

7.1.2020 cepatnya masa..sekarang umoq aku dah 25...aku harap tahun 2020 ni impian aku tercapai..apa yang aku hajati...satu lagi dapat bers...