Aku merupakan anak jati kedah, yang menjadi perantau demi
mencari ilmu. Aku belajar di upm, sepanjangan aku berada di kolej kediaman amat
menyakitkan kerana merindui ibubapaku yang telah pergi mengadap ilahi. Setiap
saat dan setiap minit terlintas dihati tidak pernah sedikit pun tak rindu.
Tetapi apa boleh buat ini takdirku. Aku mempunyai empat abang, semua abangku
baik belaka kerana menjaga dan melindungiku. Tetapi kekadang terfikir terasa
membebankan mereka kerana abangku telah mempunyai keluarga. Terkadang tanpa aku
sedar, aku selalu menyalahkan takdir mengapa aku dilahirkan begini tak seperti
orang lain. Disaat aku sakit tiada siapa yang tahu saat aku perit hanya tuhan
sahaja yang mengetahui. Walaupun apa terjadi
aku mesti teruskan kehidupan. Alhamdulilah masih mempunyai keluarga yang menyayangiku. kerana mereka aku berjaya dan bakal bergraduat tahun 2019 kerana membuat semangat dan merukan impianku. Just Smile.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan