Isnin, 6 Januari 2020

CEPATNYA MASA BERLALU

7.1.2020

cepatnya masa..sekarang umoq aku dah 25...aku harap tahun 2020 ni impian aku tercapai..apa yang aku hajati...satu lagi dapat bersama dengan orang tersayang..tahun alhamdulilah aku berkerja boleh simpan duit walaupun sikit gaji tak banayk macam orang lain. tapi aku bersyukur tuhan masih berikan nafas untuk aku mencari rezeki..tahun 2019 merupakan tahun yang agar sukar dilalui pelbagai kerja aku buat..kerja sampai 2 kilang dalam setahun sebab tak tahan tapi  tak apa..aku masih mencari pengalaman. keadaan kerja sekarang alhamdulillah selesa..walaupon gaji kecil..nanti aku update lagi blog ni..ikot mod jugak. tengok la kalau rajin update laa..

Isnin, 17 Disember 2018

BBM3410/18 FACEBOOK

Assalamualaikum dan hai guysss..

Harini aku kena berkongsi tugasan berkenaan dengan Facebook. Prof aku ni dah nak hujung pun dia suruh masuk kerja lagi. Tapi kena redha penting. Prof bagi tugasan yang akhir suruh post gambar dekat Facebook.

Pastu kena post gambar tak kesah selfie atau apa-apa pun janji ada gambar Prof dalam setiap gambar. lepas apa lagi kalut la cari Prof dekat bilik. Masa nak pergi ambil gambar tiba-tiba Prof tak dak tunggu la.. boleh lihat dekat bawah hasil gambar aku dan Prof pastu kena letak dalam facebook bersama caption katanya.




Rabu, 5 Disember 2018

BBM3410/1: PAPAN CERITA

PAPAN CERITA

- dilakukan menggunakkan helaian kertas mengikut format
- penghasilan papan cerita melalui pemilih sesuatu produk multimedia
- mengambarkan sesuatu lukisan reka bentuk sesuatu produk
- menentukan bentuk produk kepada pengguna.

elemen yang terdapat dalam papan cerita:

tajuk:
no skrin:
imej:
teks:
warna:
nota arahan:
skrip:

BBM3410/18: VEDIO TANPA WAJAH

VEDIO TANPA WAJAH

 - Dalam proses vedio tanpa wajah dilakukan tanpa wajah
 - Vedio ini berfokus kepada sesuatu tempat seperti barang, kaki dan tangan.
 - mempunyai jalan cerita 
 - vedio dilakukan secara cara penyunting
 - perlu memasukkan lagu yang dipilih dengan berdasarkan vedio yang sesuai.

BBM3410/18: VEDIO ONE SHOT

VEDIO ONE SHOT
 - mempunyai tiga jenis iaitu one shot satu layer, one shot dua layer dan one shot tiga layer.

one shot satu layer
- proses yang dibuat melalui rakaman
-pemilihan lagu tidak mempunyai lakonan

one shot dua layer
- dalam proses ini dilakukan mempunyai jalan cerita
- vedio ini dirakam secara terus
- tidak memerlukan penyuntingan.

one shot tiga layer
-Proses dilakukan mempunyai lakonan
- tidak memerlukan semua orang menyanyi dalam vedio tersebut.
- selain itu, vedio ini dirakam mempunyai kiraan sesuatu pergerakan semulajadi.

BBM3410/18 ASAS GRAFIK


ASAS GRAFIK

1. Mudah

2. Keseimbangan
3. Kesesuaian
4. Warna
5. Teks

1. mudah
 - visual hendaklah jelas dan terang. 
 -  mempunyai pilih jenis penghurufan yang mudah dibaca
 -

2. Kesesuaian
 - menggambarkan sesuatu gambar yang sesuai dari segi warna.
 - mempunyai tulisan yang menampakkan kesan yang baik.
 - visual mempunyai unsur mengikut kesesuaian berdasarkan dari penglihatan yang teliti.


3. keseimbangan
 - Dalam rekaan visual penggunaan penglihatan mata adalah cara untuk menentukan keseimbangan
 -  Sesuatu gambar yang bentuk kesamaan atas dan bawah
 - Dilihat sudut kiri dan kanan  kesepadanan
 - Sesuatu objek yang besar atau kecil dilihat kedudukan yang seimbang

4. warna
 - Tujuan warna untuk memudahkan atau meningkatkan kejelasan visual.
 - fungsi warna dalam seni grafik adalah melahirkan kesan atau pengaruh tertentu.
 - Warna-warna ini yang nyata memberi kesan seperti: melahirkan ketenangan, kelembutan,                    kedamaian dan kegembiraan.
 - Contohnya, putih juga merupakan simbol kebersihan, kesahihan dan kesucian.


5.Teks
grafik huruf yang baik dan bermutu dapat menyampaikan mesej dengan lebih berkesan.
- penghasilan huruf ialah saiz huruf yang ditulis, jarak antara huruf dengan huruf.
- teks mestilah sepadan dan sesuai agar huruf dan perkataan itu dapat dikenali serta boleh 
  dibaca dengan mudah.


Khamis, 15 November 2018

BBM3410/18 SCREEN SHOT TWITTER


Assalamuailaikum, hari ini merupakan hari terakhir untuk penilaian markah. Oleh itu, Prof N 

meminta pelajar berhenti sementara untuk menulis blog.

Minggu ini kami diminta upload cerita tentang di twitter setiap minggu satu post harus ditulis. Kerja 

di twitter perlu dibuat secara berseorang dan tidak perlu kumpulan. Jadi setiap minggu aku update la 

kata-kata atau luahan yang sesuai dan sopan.

Contoh gambar twitter aku diatas yang Prof N suruh screen shot untuk memastikan setiap orang kena 

ada twitter. Aku update tentang minggu itu semua pelajar bahasa dan linguistik melayu perlu hantar 

pita bab 1-3 kerana memrupakan penilaian minggu terakhir apalagi pakat pulun la cerita dia, kalut 

habis. Ada yang tak lena laa. Penangan pita memang hebat sem akhir ini tapi taka pa bertambah 

pengakhirannya akan manis. Sekian cerita hari ini.



BBM3410/18 VEDIO KALENDER

Hari ini kelas dibatalkan diganti dengan kelas online, kami perlu membuat toturial cara membuat kalender guna aplikasi photoshop.


Isnin, 12 November 2018

BBM3410/18 MINGGU 9 VEDIO ONE SHOT 3 LAYER TAK JADI


Minggu ini, kumpulan kami kena bentang vedio one shot di dalam kuliah. Jadi masa kumpulan kena bentang ya allah malu tak tau nak letak mana muka malu buat rakaman vedio tu.
Kumpulan kami nama Nafi Studio telah memilih lagu Mark Adam- pencuri hati. Antara pelakon ialah mahira sebagai penyanyi, manakala ada dua pasang couple ialah mija dan nizam, napi dan mimi yang menari di bahagian belakang ialah aku, dayah, ain dan tirah.
Seorang sahabat lagi tak dapat berlakon sebab dia pergi ke Indonesia iaitu wan.  Yang ni paling sedih sebab vedio yang kami buat tu silap terlebih advance kata Prof N tapi advance pun tak betul sebenarnya. Kumpulan aku kena rakam lain.
Seterusnya kumpulan kami pun buat lain dengan redha hahaha. Tetapi tak apa jangan tekanan kita buat gembira sahaja. Tapi hanya tuhan sahaja yang tahu hahaha.
Ini vedio pertama yang silap tu:


Khamis, 8 November 2018

BBM3410/18 PELENGAT PISANG KEDAH




Hari ini, aku rindu warga kedah laa. Rindu makanan kedah iaitu pelengat pisang.tapi aku panggil pengat ja senang sikit nak sebut.  Aku sangat suka makan pengat pisang tapi tak pandai nak buat, hanya tahu makan saja. Selalu kalau aku balik mesti mak sedara selalu buat jugak la. Tak la selalu kecuali kalau ada pisang lebih yang terlalu masak sangat boleh la buat pengat pisang. Dulu mak aku selalu buat tapi sekarang ini mak aku dah tak dak aku duduk dengan abang aku. Aku banyak tinggal dengan mak sedara aku sebab dia lebih macam mak aku dah. Selalu aku balik dia selalu buat laksa kedah uiii sedap tu. Bukan sebab rindu makan ja tapi aku rindu kat depa jugak. Ok masuk pasai pengat pisang ni jangan tanya resepi aku taktau nak habaq kata orang orang kedah, kalau KL kata tak tahu la nak bagitau hahaha… boleh lihat gambar kat bawah ni pengat pisang kedah :


Related image

Isnin, 5 November 2018

BBM3410/18 POPULAR PROF N










Hari isnin bersamaan 19 november 2018 kalau diikutkan ada kelas pukul 10 pagi sampai 12 tengah. Tapi kelas diganti dengan kelas online lak…masa kelas akudok lena lagi. Pastu kelambut bangun kena tengok tv pukul 8.15 tak silap aku.  

Arahan Prof N dia suruh aku dan budak kelas kena tengok dia dalam tv AlHijrah sebab dia popular sementara. Pastu tengok la isi-isi yang disampaikan.

 Aku pun berbangga dengan Prof N masuk tv sebab Prof aku kot, Ni bukan besa-besa. Ok lepas tu arah Prof senang ja masa tonton snap gambar dia pastu masuk ke dalam instgram pastu letak  

#MartabatBahasaMelayu



Lepas satu kerja lagi kena hantar sreen shot gambar tangan ok untuk Prof N



CEPATNYA MASA BERLALU

7.1.2020 cepatnya masa..sekarang umoq aku dah 25...aku harap tahun 2020 ni impian aku tercapai..apa yang aku hajati...satu lagi dapat bers...