Hai guys..ni kisah cerita hantu
Masa aku kecik atok dan nenek
selalu pesan jangan balik lewat nanti hantu ikut
Ternyata betul wey.
Masa aku dengan kawan aku main
sampai tak ingat dunia. Aku ni suka main permainan budak jantan seperti lastik
dan tuju guli.. ada jugak main perempuan aku main tapi kurang la..
Ok kembali cerita hantu tu, masa
aku tengah main aci sembunyi tiba-tiba kawan aku kena sembunyi. Memang klise
sikit dengar cerita ini. Tetapi sebenarnya wujud dan terjadi pada aku waktu.
Tengah aku dengan kawan-kawan
leka main tiba-tiba kawan aku yang nama syamir ini hilang..yang sorang lagi
nama pikah, paah, ina, dan pirah. Mi kawan
masa kecik aku. Depa suka ajak aku pi main merata.
Aku seorang budak perempuan yang
nakal, selalu je rotan pelbagai jenis. Masa tengah syok main si syamir ni
hilang. Pastu aku pon pelik pikah pun pi cari tak jumpa.. aku waktu terpikir
nenek dan atok aku cerita pasal hantu sembunyi… mungkin benda yang terjadi ni
sama macam cerita syamir hilang.
Pastu aku pun pakat ramai-ramai bagitahu
keluarganya, tak lama kemudian keluarga syamir pun sampai. Nasib la abang
syamir ni pandai tentang benda halus. Rupanya si syamir kena sembunyi pulak. Rupa
di duduk dekat kami ja, rupanya kami ja tak Nampak. Tu la lain kali dengar
cakap orang tua. Depa lebih makan garam dari kita. Ok sekian cerita aku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan